MAJLIS PECAH TANAH TUNKU MAHKOTA ISMAIL YOUTH CENTRE (TMIYC) MUAR
Inisiatif pembangunan Pusat Belia ini adalah cetusan idea dan buah fikiran Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sendiri sejak tahun 2017 lagi yang mahu melihat satu rencana pembangunan yang tersusun lagi dinamik untuk anak muda belia di Negeri Johor.
Idea ini kemudiannya dikongsi agar dapat direalisasikan serta dilaksanakan di seluruh negeri Johor. Alhamdulillah idea tersebut telah dapat dizahirkan dengan Majlis Pecah Tanah TMIYC di bumi Muar ini untuk manfaat belia-belia di Daerah ini.
Patik Menjunjung kasih atas perkenan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menyempurnakan Majlis Pecah Tanah TMIYC Muar dan kurniaan kepada Pelajar-pelajar miskin daerah Muar berjumlah RM300,000 pada hari yang bertuah ini Selasa 29 Disember 2020 .
Menjunjung kasih DYAM Tunku Mahkota Johor.
Pegawai Daerah Muar